Hari ini 1 Muharam 1434 Hijrah.


 Alhamdulillah dapat kita bertemu di tahun baru ini. Moga dengan bergantinya buku amalan baru kita ni akan membuat kita bersemangat menuju jalan yang diredhai Allah,amin. Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya. Marilah kita beramai-ramai perbetulkan diri ke jalan Allah. Berhijrahlah selagi ada masa, perbaiki diri kita, niat hidup kita dan paling penting perbaharuilah rasa keimanan kita pada Allah s.w.t dan agama Islam tanpa rasa putus asa sedikit pun


Selamat menyambut Maal Hijrah 1434 pada 15 November 2012 bersamaan 1 Muharram 1434 untuk semua keluarga, para sahabat, kenalan yang dihormati dan juga teman-teman pengunjung Sabahan.FM semoga segala kebaikan dan keberkahan menyertai kita semua. InsyaAllah.

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah.

Dunia yang sementara, lengkapkanlah hidup anda dengan prasangka baik dan hindarkan daripada perasaan buruk sangka. Sesungguhnya ia lebih mulia daripada lidah berkata-kata yang mampu menjatuhkan orang lain. Berubahlah ke arah lebih baik. Dekatkanlah diri kepada Allah dan jauhilah perkara yang dilarangnya. 


Ternyata ianya bukanlah semudah lidah berkata, telinga mendengar dan mata memerhati. Tetapi, diri sendiri perlu sedar apakah penghijrahan dalam diri anda yang anda mahu lakukan. Fikirkan sejenak, adakah anda seorang mukmin atau mukminun yang berkualiti ? Sebenarnya, TIDAK ..mengapa ? kerana anda berbuat kekhilafan melalui setiap perbuatan dan pertuturan anda. 


Untuk itu, mahu memberikan anda semua satu ayat pujangga yang mungkin mampu memberi anda semangat (ayat aku sendiri
)
"Jadilah yang terbaik dari kalangan yang terbaik. Lupakan perkara lepas

"dan jalani kehidupan dengan perkara mendatang. Tingkatkan
sesuatu di dalam diri anda supaya ia membesar dan
menjadi sesuatu untuk manusia lain"





 Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. Yang awal dan ke atas kelebihan-Mu yang besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dari-Mu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu pembantunya dan tentera tenteranya dan juga pertolongan menahan diri dari tuntutan nafsu amarah yang mendorong melakukan kejahatan dan kami mohon rasa sedia dalam usaha mendekatkanku kepada Mu ya Allah, Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dimaksudkan), maka
 sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.."(an-Nisaa:100)




Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.



Semoga Allah jadikan
Subuhmu Cahaya
Zohormu Gembira
Asarmu Bahagia
Magribmu Keampunan
Dan
Isyakmu Keberkatan
Serta dibukakan pintu2 syurga seluas2nyer tanpa sempadan!

SALAM MAAL HIJRAH 1434H
Moga Hari Ini Jauh Lebih Baik Dari Semalam
InsyaAllah!








-Past- | -New-